Apabila melihat majlis perkahwinan kawan se-universiti melalui blog kawan baiknya.
Apabila melihat gambar sahabat lama bersanding melalui slideshow jurugambar yang ditempah.
Apabila menjenguk khabar kawan-kawan yang tiba-tiba terlintas di minda melalui google.
Hanya mampu tersenyum.
Hanya mampu mendoakan kebahagiaan mereka.
Hanya mampu melihat dari jauh.
Entah kenapa tiba-tiba rasa macam menjauhkan diri, walaupun tanpa sengaja. .Apatah lagi empunya blog ini tidak mempunyai akaun facebook DAN tidak bercadang untuk membuka akaun baru.
Semenjak dewasa ini (serta sangat sibuk dengan tuntutan kerjaya), lebih suka bersikap low profile. Oleh itu, selalu disalah tafsir sebagai orang yang sombong sedangkan empunya blog adalah seorang yang sangat pemalu.
Tiada niat di hati untuk memutuskan silaturahim (bukan bergaduh cuma lost contact), lebih-lebih lagi dengan sahabat yang telah dikenali lebih 10 tahun yang lalu. Kadang-kala Yang Maha Esa mengaturkan masa dan terjumpa kawan-kawan di shopping complex, sekadar bertanya khabar, formaliti yang ditunjukkan membuatkan diri rasa kaku. Segankah dengan aku? Mungkin perangai aku yang terlalu complicated membuatkan mereka tidak ingin berkawan dengan aku lagi.
Ketahuilah sahabatku, saat sekolah sehingga universiti, aku melalui cabaran-cabaran yang getir dalam hidupku. Persoalan maruah, keluarga dan akidah. Masalah-masalah serius yang memerlukan segala tenaga untuk ku fikirkan baik buruknya. Itulah kadang-kadang aku mendiamkan diri, berfikir dan berfikir. Aku sedang mencari jati diriku sendiri. Hanya Amin sahaja yang tahu masalahku kerana dia bertanya. He saw my face and he knew. Amin mengambil berat terhadap diriku. Terima kasih sahabatku, semoga businessmu bertambah maju jaya. Semoga anak-anakmu menjadi anak yang berjaya dunia dan akhirat. Betapa tangan ini ingin sms semula memohon maaf kerana tidak dapat beraya di rumahmu sesungguhnya diri ini sedang beraya di tempat lain. Walaupun beberapa tahun tidak pernah bersua, dia tahu aku sedang menangis apabila membaca smsnya.
Aku ingin menghulurkan tangan dan memohon maaf jika pernah terkasar bahasa mengusik jiwa. I'm sorry. Aku juga ingin memohon maaf kepada mereka yang sudi menjemput daku untuk berkongsi memori perkahwinan mereka, kebanyakan undangan tidak dapat disempurnakan atas tuntutan tugas (ya, termasuk sabtu & ahad) dan keluarga. Again, i'm sorry. I'm wishing you all the best.
Kadang kala apabila aku sedang memandu, tiba-tiba akan teringat lagu Sheila On 7 yang selalu dinyanyikan bersama-sama rakan.
"Mungkin diriku masih ingin bersama kalian"
" Mungkin jiwaku masih haus sanjungan kalian"
Sahabat, inilah kisah klasik kita untuk masa depan. Sekian.